BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 21, 2011

Kalau anda Jalan Senget~

Heran betul aku dengan sesetengah sikap manusia ni~ Bukan apa, baru-baru ni aku ada terbaca some post about Islam di FB. Tak salah nak post apa-apa pasal agama suci kita ni kat FB atau mana2 yang korang rasa sesuai(selagi mengikut kitab).


Yang menjadi masalah nya adalah pada tukang post dia. Ok, sebelum aku memulakan penaipan yang seterusnya, aku nak ingat kan bahawa segala yang aku akan tulis selepas ni adalah berdasarkan pandangan aku sendiri. Tidak ada niat nak meng-gelakkan, menghina atau mengutuk sesiapa.



Bermula sebuah kisah di dalam FB~ wooo~ hehehe ^^v Gurau je la!



Baru-baru ni aku ada baca pasal post dari seorang kawan di FB ni. Dia post pasal murtad, hidup cara barat dan bla bla bla~ Ok fine kalau kau nak post semua tu, TAPI.... dengan keadaan hidup kau yang clubbing siang malam, pakai sendat sana sini. You know what? Aku rasa macam kau ni mempersenda kan agama kita! Pic profile FB kau sendiri gambar kau dengan kawan-kawan kau tengah berposing maut dengan baju yang 'sekadar menutupi urat'.



Post kau bukan main lagi pasal umat Islam zaman sekarang yang dah jauh dari agama, hidup cara barat, banyak dah murtad... tapi kau tengok diri kau. Bukan ke apa yang kau tulis tu seolah-olah merujuk kepada diri kau. BTW, aku nak tahu jugak apa yang terlintas atau terdetik kat hati kau masa kau copy(aku tau kau copy) post tu dari orang lain? Kau baca sampai habis tak? Atau kau sekadar baca perenggan pertama dan kedua., pastu terus copy dan post dalam FB kau?



My dear, sudah la. Apa MOTIF kau sebenarnya post benda tu dalam FB kau? Nak get attention dari pak-pak ustaz kat luar sana? STOP IT ok! Its meaningless la kalau kau sendiri salah seorang umat Islam yang dah 'terlajak jauh'!



Aku bukan la nak kata aku ni baik macam Ustaz Amirul(tengok Tv 3 Khamis malam). Tapi sekurang-kurang nya aku tidak menyuruh orang berjalan tegak sedangkan aku sendiri berjalan senget~ Kau rasa ada tak orang yang tersentuh dengan apa yang kau post tu? Atau sekadar baca 2 3 perenggan macam kau, and then copy dan post pulak dalam FB diorang?



Maaf andai terasa!






p/s: kita di akhir zaman, pandai-pandai la guna masa mencari bekalan untuk di 'sana'.



Monday, March 14, 2011

:: Bahagia Itu::

Kenapa perlu merasa tidak bahagia jika bahagia itu sememangnya milik kita? Ok, macam ni la. Ak terang kan ye.


Ini kan diri kita(merujuk kat diri masing-masing). So, kita la tentukan kita nak rasa bahagia ke tak kan? Duhhh! =_="


Jangan nak membazirkan masa mencari kebahagiaan, kerana bahagia itu memang milik kita. Hidup la dengan kelebihan diri sendiri dan tak perlu menjadi diri orang lain untuk merasai bahagia itu.

Monday, February 28, 2011

!!!! PERAMPAS !!!!

Perampas? Apa maksud perampas bagi krang? Adakah dia orang yang merampas barang korang, atau merampas kekasih korang?


Bagi aku PERAMPAS adalah orang yang merampas sesuatu barang dari korang. Why? Sebab ye la, da nama pun perampas kan. Perampas kekasih? Bagi aku there's are no such thing! You know why? Sebab tangan kalau bertepuk sebelah tak akan berbunyi kan?


So, pada sesiapa yang kata kekasih korang kena rampas, itu semua BOHONG! Kekasih korang yang menggatal sama! Kalau kekasih korang tak menggatal sama, benda tak akan jadi! Ok fine la kalau korang nak kata orang yang merampas kekasih korang tu meletop macam Datuk Siti atau Tom Cruise! But..... kalau kekasih korang tu jenis yang setia, dan tak pilih korang berdasarkan paras rupa, FOR GOD's SAKE dia tak akan rasa suka pun kat orang lain!


Nak berkasih atau bercinta biar la jujur dan ikhlas. Bukan sebab ada kepentingan atau sebab simpati. Tak baik main kan perasaan orang lain. Macam mana kalau orang main-main kan perasaan korang? Mesti sakit kan?


Kalau kekasih korang tu ada kekurangan, anggap la itu keistimewaan dia, dan anggap la kehadiran korang sebagai pelengkap kekurangan dia. Paras rupa tak menjanjikan apa-apa sebab kalau korang pilih kekasih korang berdasarkan paras rupa, untuk apa? Untuk menayang kepada orang lain bahawa kekasih korang tu cantik/hensem? Dah serupa trofi pulak korang buat kekasih korang kan. Bukan ke kita jatuh cinta pada seseorang itu sebab kebaikan dan kecantikan dalaman dia? Pada aku la, kalau korang aku tak tau la sebab apa kan~ hehehe :p






p/s: If you love two people at the same time , choose the second one . Because if you truly loved the first one , you wouldn't love another one

Wednesday, February 9, 2011

- Its about Your Feelings-


Mengapa perlu berbohong pada diri sendiri. Tahu tak, perkara yang paling menyakit kan adalah membohongi diri sendiri. Itu termasuk la tipu hati sendiri. Kali ni post aku melibatkan soal hati atau perasaan! Bukan nak jiwang, tapi ini adalah kenyataan yang aku rasa banyak dilalui oleh orang(aku je tak)...hehehe


Selalunya la kan, benda ni jadi kat orang lelaki. Ye la, lelaki zaman sekarang nak jumpa yang berani atau gentleman(omputih kata), memang payah. Kes ni berlaku ada kat sorang kawan aku ni. Dia agak rapat la dengan teman tapi mesra dia. Masalahanya, dah hampir 4 tahun diorang berkawan, tapi kawan aku ni still tak proposed jugak teman tapi mesra dia ni. Kalau aku lah, dah lama cari orang lain. Ye la,nak buat apa menunggu benda yang tak pasti. Mesra bukan main lagi, kalau gaduh ngalah orang bercinta. Tapi.... status relationship- F.R.I.E.N.D.S


Wat da ttoooottttt!!!!!!!!!


Tapi bila orang tu keluar atau lepak dengan orang lain, dia bukan main marah lagi! Kalau teman tapi mesra dia tu main message dengan orang lain pun dia perli macam tak hengat kan! Pe masalahnya kalau kau mintak bercinta pun? dia terima atau tak, belakang kira. Yang penting kau da cuba kan. Kang melepas, kau jugak yang merana. Pastu mula la muka seposen sebulan! Aduhhh....zaman sekarang ni bukan boleh lambat, kang melepas!





So,the moral of story, tak payah la kau fikir nak berkahwin atau berkeluarga kalau perasaan sendiri pun kau tak boleh handle!








p/s: mungkin mengarut bagi sesetengah orang, tapi ini kan blog aku....kah3 PEACE!

Tuesday, January 18, 2011

:: In Our Life::







....Hidup ini susah kita nak DUGA.... Kadang kala kita rasa DEKAT dengan SESEORANG itu, tapi sebenarnya JAUH. walaupun kita dapat GENGGAM TANGAN dia, belum tentu HATI dia kita dapat SELAMI. mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMAN nya. Bila dia MENANGIS kita sangka kita dapat MEMUJUKNYA...walhal KEHADIRAN kita LANGSUNG TAK DISENANGI. Rencah dunia, kita tak akan tahu sapa KAWAN dan LAWAN sampai satu saat kita JATUH TERSUNGKUR, adakah tangan DIHULURKAN atau kita DITINGGALKAN....




Regards:
Your Heart :)