BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 8, 2010

::Nasihatkan Mereka::

Salam Jumaat semua. Pergghh, kat luar cuaca mendung, tapi oleh kerana aku pakai kemeja, aku rasa macam panas. dah la dalam opis ni pun air cond dia da nyawa2 ikan... Nak kena cuci la sat g tu....

Sebenarnya aku baru je balik sembahyang jumaat. Bukan la aku nak habaq yang aku ni p semayang jumaat dan budak baik, cuba la baca sampai habis dulu. Ni aku nak cerita pasal benda yang berlaku di KEBANYAKAN masjid. Sebabnya aku ada jugak sembahyang kat tempat2 lain sebelum ni, dan nampak benda yang sama. 

Kisah dia bermula macam ni...jeng jeng jeng..... Tadi aku agak 'terlewat' sikit ke masjid sebab aku keluar ofis lambat. So, aku sampai masjid dalam pukul 1.30 camtu. Bila da sampai lambat, faham2 je la kan kena duk luar la. Xpa la kan, adat la sapa datang awal, dia masuk dalam. Pastu masa aku tengah khusyuk mendengar khutbah(yang da nak habis) tu, aku ternampak ada sekumpulan budak tengah duduk kat depan tempat letak moto. Dalam hati aku 'kalau xnak sembahyang, buat apa datang?'. Pastu imam pun da mula nak sembahyang, dan masa aku tengah bersedia nak sembahyang, aku masi nampak budak2 tu duduk lagi kat situ, siap minum2 macam tengah picnic. Dalam hati aku yang berprasangka baik ni "mungkin jap lagi kot depa masuk saf"....
<!—- more -->
Imam pun angkat takbir....sembahyang, baca surah .....rukuk...sujud.....habis. Dan masa aku dah habis bagi salam, aku tengok, budak2 tu, still ada kat situ. Dalam hati aku yang berprasangka baik ni mula da nak marah. Pe masalah kau kan datang masjid, pastu imam berkhutbah, dia duk sembang. Bila orang sembahyang dia lepak, dan bila habis sembahyang dia balik. 

Kalau aku jadi mak pak dia, tobat MALU! Tapi xleh salahkan mak pak dia jugak sebab ye la kan, xkan la depa nak tengok anak tu 24 jam depan mata. Yang si anak pun satu, kau da besar, pandai2 la bawak diri. Biar belajar BODOH, tapi jangan wat kerja bodoh kan.... Ni x, datang masjid, tapi xsembahyang. Pastu aku siap dengar bunyi moto bila imam bagi salam. Xdan kami makmum nak bagi salam pun depa da start moto balik. Cepat sungguh depa ikut imam. Sembahyang sebelah moto pa?


So, moral of the story nya kat sini, kalau korang ada adik atau anak, rajin2 la ceramah kat depa pasal baik dan buruk sesuatu benda tu. Bukan pasal sembahyang jumaat ja, pasal hal lain2 jugak. Kalau masa sembahyang jumaat pun depa wat macam ni, kat luar macam mana plak perangai depa kan? Mungkin akan ada yang kata, awat aku xtegur? Bukan aku xnak tegur, tapi aku da masuk masuk saf baru aku perasan yang budak2 tu masih duk kat situ lagi. Lagipun aku JARANG sembahyang kat luar ni... dalam tahun ni, ni baru 1st time aku sembahyang kat luar. 

Thursday, October 7, 2010

1st POST in The 2nd Blog :)

Salam semua. Ini adalah post yang pertama aku dalam blog yang ke-2 aku. Seperti yang aku nyatakan di profile aku, blog ini..bla..bla...bla..(baca profile aku). Yeayyyy!!!!! Aku ada blog baru!!!!!